Senarai soalkajiselidik berada di sisi tepi kanan. Sila pilih bahagian : Pengkajian Permasalahan Pelajar atau Pengkajian Pembaikan Bahasa Inggeris.

Segala maklumat adalah DIRAHSIAKAN.

Rabu, 2008 Mei 14

Kajian Pendapat Akan Sistem Pendidikan Dan Permasalahan Pelajar Serta Cadangan Ke arah Penambahbaikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nama saya Dr Julie Ezwin Othman atau juga dikenali sebagai Dr Alya Zara.Saya menjalankan pengkajian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menggunakan kaedah WARNA DIRI. Pengumpulan soalselidik dan kerja-kerja analisa adalah sebagai sebahagian proses awal melengkapkan diri saya bagi keperluan arah, target dan hasil untuk pengajian saya yang akan datang ini di dalam bidang psikologi pendidikan.InsyaAllah jika diizinkan, saya ingin meneruskan pengajian di dalam psikologi pendidikan agar Warna Diri dapat digunapakai bersama kaedah lain juga.(Lihat profil lengkap saya).


Maka di sini, saya ingin mendapatkan kerjasama dalam menjalankan soalkajiselidik:

Kajian Pendapat Akan Sistem Pendidikan Dan Permasalahan Pelajar Serta Cadangan Ke arah Penambahbaikan

Dalam cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi subjek Kesusasteraan English diajar di sekolah di peringkat sekolah rendah, saya ingin menggunakan blog untuk dapatkan maklumat dan pandangan daripada ibu bapa, guru dan pelajar di luar negara dan dalam negara akan isu ini. Objektif yang ingin saya capai adalah dalam mencari penyelesaian kaedah terbaik untuk menjadikan pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan berkesan.

Secara umumnya juga penyelidikan ini bertujuan mengkaji pendapat ibu bapa dan guru akan sistem pendidikan terutamanya cadangan bagi tujuan penambahbaikan akan sistem pendidikan sedia ada dalam membantu mencari penyelesaian ke arah sistem pendidikan yang lebih baik lagi. Perkara ini sangat penting ke arah menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Juga pengkajian akan permasalahan pelajar di dalam mengenalpasti faktor-faktor yang menjadikan pelajar dikatakan kurang menyerlah (
Penyelesaian Warna Diri Di Dalam Pembangunan Pelajar).

Penyertaan adalah secara sukarela. Ianya akan mengambil masa kira-kira 10 minit hingga 15 minit (tetapi bergantung juga kepada berapa panjang jawapan anda).

Semua maklumat berkaitan penyelidikan ini adalah RAHSIA. Kemudahsampaian kepada maklumat termasuk segala dokumen adalah terhad kepada penyelidik (saya) sahaja. Maklumat dan data akan disimpan untuk kegunaan penyelidikan saya yang akan datang. Pandangan dan cadangan tuan/puan dan adik-adik pelajar amatlah dihargai. Saya dahului dengan jutaan terima kasih.


Senarai soalkajiselidik berada di sisi tepi kanan blog. Sila pilih bahagian : Pengkajian Permasalahan Pelajar atau Pengkajian Pembaikan Bahasa Inggeris.

Segala maklumat adalah DIRAHSIAKAN.


Perkaitan kajian soal selidik ini dengan kajian Warna Diri

Ianya dapat dilihat di dalam gambarajah di bawah ini, di mana Warna Diri memainkan peranan sebagai faktor penyumbang dalam menjadikan komunikasi berkesan dan sebagai kaedah untuk mengenali potensi pelajar dan membantu pelajar di dalam permasalahan dan juga kaedah untuk menghasilkan kecemerlangan.

Segala trauma dan permasalahan adalah hasil daripada ketidakseimbangan akan perjalanan keperluan seseorang pelajar. Tetapi jika pelajar tersebut mengalami keserentakan, maka hasilnya pelajar akan mempunyai kualiti dari kepemimpinan, kemahiran tinggi, pencapaian dan persembahan (leadership, skillful, achievement and performance).

Saya menekankan aspek penglibatan ibu bapa sepertimana bulatan merah di bawah kerana saya berpendapat di situlah titik mula yang mempengaruhi sama ada personaliti, potensi dan karektor pelajar diserlahkan atau terpendam begitu sahaja.


Pengkajian Permasalahan Pelajar - adalah bagi pelajar yang sedang menghadapi permasalahnan di dalam pembelajaran seperti hilang minat untuk belajar, salah memilih jurusan atau kursus, mempunyai kesukaran di dalam pembelajaran dan sebagainya.

Pengkajian Pembaikan Bahasa Inggeris - terdapat 4 bahagian iaitu guru; ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu dalam negara dan luar negara; dan bagi pelajar sendiri.

Bahagian ibu bapa luar negara adalah bagi meninjau pendapat akan perbezaan sistem pendidikan yang berbeza dan perkongsian pengalaman untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia lebih menyeronokkan. Bahagian pelajar pula, adalah bagi pelajar yang sudah bersekolah mahupun pelajar lepasan sekolah yang sudi untuk melahirkan pandangan dan pendapat anda.

Segala maklumat adalah DIRAHSIAKAN.



Mengenal Potensi Diri Melalui Warna Diri
Kaedah Warna Diri ini menentukan ciri-ciri atau potensi-potensi yang terpendam dalam diri seseorang. Jika ditanya warna apakah yang paling baik? Jawapannya ialah tidak ada warna yang lebih baik atau lebih buruk daripada yang lain-lain. Setiap warna mempunyai kelebihan dan kekurangan yang setara di antara satu sama lain. Terpulanglah kepada individu itu untuk membangunkannya atau membiarkan ia terpendam begitu sahaja.


Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih. Dan diharap segala data dapat diperpanjangkan melalui pengkajian ini dan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.

Juga jika dapat blog saya ini diperpanjangkan juga agar mendapat pandangan lebih ramai lagi. Terima kasih. Wasalam


Yang benar,

Dr Julie Ezwin Othman aka Dr Alya Zara

Saya mempunyai Ijazah Kedoktoran Colour Vibration Therapy pada tahun 2006(minat bermula sejak 2004 lagi). Ianya diambil kerana kesungguhan dalam mengetahui permasalahan pembelajaran yang berlaku sebelum itu. Juga mempunyai Master dari Royal Holloway, University Of London dan Ijazah dari Universiti Putra Malaysia di dalam bidang yang sangat berbeza daripada apa yang diceburi kini. Pernah memperoleh Anugerah Pelajar Terbaik Bumiputera di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia dan pernah menjadi Duta Kecil Ke Jepun sewaktu pengajian.

Merupakan bekas tutor dan fellow yang terlibat di dalam aktiviti pelajar sebelum menyambung pengajian ke luar negara. Juga sekarang ini di United Kingdom terlibat secara langsung di dalam kerja sukarela sebagai Nursery Assistant dalam bidang Child Care Development & Education. Sekarang ini, menumpukan perhatian di dalam pengkajian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menggunakan kaedah WARNA DIRI. InsyaAllah jika diizinkan, saya ingin meneruskan pengajian di dalam psikologi pendidikan agar Warna Diri dapat digunapakai bersama kaedah lain juga.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Kata Anda? Dan saya juga ingin memberi pendapat juga.....

Mungkin selalu orang yang membuat kajian bertanya pendapat tidak akan mengemukakan pendapatnya terlebih dahulu. Namun saya terpanggil untuk memberikan juga pendapat saya lantaran ada baiknya saya dapat menerangkan pandangan saya yang melihat sebagai pelajar, ibu bapa di dalam negara dan sekarang ibu bapa di luar negara.

Saya mempunyai dua orang anak yang berusia 4 dan 6 tahun. Keduanya pernah merasai kedua pendidikan di dalam negara dan sekarang di luar negara. Kami berada di UK ini sejak dari 2001 dan pulang seketika ke Malaysia sebanyak dua kali dalam jangka masa yang panjang iaitu 8 bulan dan 5 bulan pada 2006 dan 2007. Dan di dalam jangka masa itu, anak-anak saya merasai pengalaman bersekolah di Malaysia.

Apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah bagaimana saya melihat dua proses pembelajaran yang sangat berbeza. Memang benar di UK ini sudah tentunya bahasa ibunda mereka adalah bahasa Inggeris, tetapi apa yang saya ingin ceritakan di sini adalah bagaimana negara yang mereka sendiri menggunakan bahasa Inggeris ini sepenuhnya, tetapi usaha mereka menggalakkan anak-anak untuk mengusai bahasa Inggeris ini jauh yang terlalu jauh daripada cara kita.

Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, saya ingin memaklumkan terlebih dahulu apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman pemerhatian saya yang terlibat secara langsung dengan pihak sekolah dan nursery di mana saya melibatkan diri secara sukarela dengan pihak nursery dan juga sekolah dengan kerap. Maksud sukarela di sini adalah, saya terlibat secara terus di dalam kelas bersama guru dan pembantunya. Istilah yang digunakan adalah ‘parent helper’. Dan pengalaman saya juga melibatkan dua tempat berbeza (dua daerah yang berbeza kerana kami berpindah rumah).

Dan sepertimana juga profil lengkap diri saya menyatakan saya pernah menjadi bahan pernah dibantu guru dan juga yang sebaliknya. Dan saya juga pernah melakukan eksperimen ke atas diri saya dari seorang pelajar yang pada awalnya memperolehi purata CGPA 3.000 pada semester pertama dan kedua, namun semester berikutnya memperoleh 3.714 pada semester ke 3, 3.9 pada semester ke 4, dan 4.000 pada kedua-dua semester terakhir ijazah. Malah pernah juga selepas itu ditimpa ujian hilang arah dan matlamat atas masalah kesihatan sehingga melibatkan penamatan pengajian pada peringkat Ph D.

Dan saya juga berkongsi pengalaman ini berdasarkan seorang kanak-kanak yang semasa kecilnya serba kekurangan akan segala kemudahan dan bersekolah di sekolah luar bandar pada awalnya hingga kemudiannya beralih ke sekolah berasrama penuh tetapi dengan penuh rasa rendah diri atas kesempitan hidup.

Pertama, apakah pendapat saya akan pembelajaran bahasa Inggeris di Malaysia? Secara keseluruhannya jawapan saya adalah melihat kepada sistem di Malaysia yang terlalu bergantung kepada sistem peperiksaan. Kecemerlangan seseorang terlalu dilihat akan kepada berapa banyak A yang diperolehi tetapi bukan kepada kualiti sebenar seseorang. Ianya bukan semata berlaku di alam persekolahan, tetapi juga di dalam kehidupan seharian. Pelajar dapat memasuki kelas sains tulen misalnya dilihat sebagai pelajar yang pintar dan pelajar yang memasuki kelas sastera mungkin dikategorikan sebagai pelajar kelas belakang.

Sistem peperiksaan ini sebenarnya telah membentuk satu fenomena belajar kerana peperiksaan dan belajar bukan kerana perlunya belajar. Saya teringat saya dulu misalnya, jika dari darjah satu hingga darjah 6, saya mengungguli tempat pertama sepanjang tahun dan setiap kali peperiksaan, baik di sekolah pagi mahupun di sekolah agama pada sebelah petang. Namun ketika itu saya tidak terlalu tertekan dengan sistem peperiksaan yang ada kerana saya memang sukakan peperiksaan kerana saya sentiasa boleh melakukannya. Bahkan setiap kali penyampaian hadiah diadakan, saya tidak sempat duduk untuk meletakkan hadiah-hadiah saya kerana hampir keseluruhan subjek, sayalah yang memperolehi markah tertingginya. Pada ketika itu, saya tidak menghadiri sebarang tuisyen pun, malah di rumah saya masih sempat membantu ibu saya yang berniaga nasi lemak. Setiap kali pulang dari sekolah baik pagi atau petang, sudah tersedia kerja-kerja rumah yang perlu saya lakukan. Kalau saya ceritakan berkilo-kilo cili kering yang perlu dipotong, berkilo-kilo ikan bilis yang perlu dikopak, berkilo-kilo kerang rebus yang perlu dikeluarkan isinya dan berbagai kerja rumah lain terutamanya membasuh pinggan mangkuk dan pakaian yang semuanya adalah manual. Membasuh pakaian menggunakan tangan untuk ahli keluarga seramai 7 orang bagi kanak-kanak berusia darjah 3 mungkin agak sukar bukan, tetapi itulah latihan saya semasa saya kecil.

Namun pada hari ini, adakah situasi yang sama berlaku? Bermacam jenis tuisyen yang perlu dihadiri bagi memastikan anak-anak dapat memperolehi A kerana persaingan yang sangat sengit di kalangan anak-anak. Dan ditambah pula pada hari ini akan penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik yang mana bebanan peperiksaan yang sedia ada telah semakin bertambah. Persaingan yang begitu sengit pada mulanya, kini menjadi tekanan pula kepada para pelajar untuk mempelajari dua subjek teknikal di dalam bahasa Inggeris. Sudahlah subjek bahasa Inggeris sendiri tidak mampu dikuasai, ditambah pula dengan dua ‘killer’ sebjek kini di dalam bahasa Inggeris.

Saya ingin memetik daripada laman web Universiti Terbuka PTS bertarikh Rabu, 14 Mei 2008 yang bertajuk “Laporan dari Parlimen: Kos Pelaksanaan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik”

Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail, dalam parlimen hari ini telah memperincikan jumlah perbelanjaan bagi melaksanakan dasar mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Berikut adalah butiran yang diterangkan oleh Timbalan Menteri.

(i) Perbekalan peralatan dan perkakasan ICT = RM2.1 billion

(ii) Perbelanjaan ICT = RM2.4 juta

(iii) Latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris kepada guru-guru = RM317 juta

(iv) Elaun tambahan kepada guru-guru yang sanggup mengajar Matematik & Sains dalam bahasa Inggeris = RM638 juta

Saya tidak mahu memberi komen akan berapa banyak jumlah segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh negara. Saya ingin memberikan pandangan akan sejumlah besar perbelanjaan sedemikian yang sebenarnya dapat digunakan sebaik mungkin dalam menjadikan subjek bahasa Inggeris yang sangat menyeronokkan.

Ingin saya ceritakan di sini dengan memetikkan pandangan saya di dalam blog saya yang bertajuk Bepetualang Ke UK.

Posting 1: Pentingnya penglibatan ibu bapa dalam persekolahan anak-anak

Baru dapat pengesahan dari pihak sekolah untuk kemasukan Zahin ke Year 1 bagi sesi September 2008 nanti. Ada sesuatu yang menarik nak dikongsikan...

Berdasarkan tajuk : Penting penglibatan ibu bapa dalam persekolahan anak-anak... nak berkongsi akan sistem persekolahan di Windsor ini dan lebih tepatnya di Lawns Nursery dan Oakfield First School adalah akan peranan sekolah dalam melibatkan ibu bapa untuk bersama-sama berusaha bersama pihak sekolah di dalam menjayakan persekolahan anak-anak.

Ini dapat dilihat betapa sebelum ini Alya menghadirkan diri untuk sesi Mums Into School, Reading Workshop, Parents Helper dan sebagainya. Semua penekanan adalah kepada peri pentingnya ibu bapa di dalam memastikan di rumah anak-anak akan berterusan dengan pembelajaran mereka. Ini bermaksud, sekolah sahaja bukan lah tempat pembelajaran semata, tetapi di rumah adalah sama pentingnya kerana di rumahlah bermula langkah pertama sebelum ke sekolah dan di rumah jualah tempat anak-anak menghabiskan masa selepas sekolah dan juga hujung minggu.

Bagi kemasukan Zahin ke Year 1 September nanti, pihak sekolah telah menetapkan Monday 14th July bagi sesi ibu bapa dan anak untuk familiarisation with classroom yang mana guru kelas dan Headteacher akan bagi taklimat akan aktiviti dam 9.15 pagi ke 11.45 pagi. Ini adalah wajib bagi kedua ibu bapa dan juga kepada penjaga kanak-kanak seperti nenek atau atuk. Dan Thursday 17th July pula, anak-anak akan stay di kelas tanpa ditemani oleh ibu bapa. Mereka akan stay sehingga lunch pada 12.15 tengahari. Tidak cukup dengan itu ada pula preparation evening (2 jam)untuk kedua ibu bapa pada June 10th dan 24th. Maka...ada 3 sesi khas untuk ibu bapa.....!!!!!

Huh! Huh! Huh!

Nanti belum lagi evening workshop untuk Phonic Reading, Reading System, Mathematic dan lain-lain. Dad Into School pun ada juga. Konsert2 di sekolah lagi. School Fair pun kena pergi juga. Banyaknya aktiviti ibu bapa di sekolah ngalahkan acara turun padang menteri dah.....

Boleh ke kita apply gitu?

Satu yang bagusnya penglibatan ibu bapa ini adalah dalam meletakkan tanggungjawab. Maka guru tidak diletakkan sepikul batu yang besar di bahu mereka tetapi untuk dibawa sama oleh ibu bapa. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing....

Yang penting adalah bagaimana peranan sekolah untuk bagi guideline kepada ibu bapa untuk sama membantu. Kalau pihak sekolah sendiri tidak meluangkan masa untuk kerja-kerja tambahan sebegini, maka memang ibu bapa tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Sesuatu perlu dilakukan....kerana guru-guru sekarang sudah semakin tertekan dengan berbagai bebanan...kalau murid tak lulus cemerlang guru yang akan dipersalahkan kerana tak pandai mengajar! Dan ibu bapa juga tertekan kerana siang malam bekerja mencari duit untuk menghantar anak ke tuisyen yang jika tidak anak-anak tidak dapat bersaing mendapat keputusan peperiksaan yang semakin menjadi persaingan yang hebat! Dan anak-anak sendiri lagi tertekan kerana tidak habis-habis exam, exam, exam!!!!!

Posting 2 : Mana yang bagus dipuji...buku & library...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... lebih baik di negeri sendiri...

Memang benar pepatah tu... tetapi apa pun apa yang bagus dan bermanfaat yang boleh kita pelajari dari tempat orang, maka kita ambillah. Tidak semuanya emas di tempat orang, diorang pun ada bermacam batu segala jenis batu jugak. Tetapi mana yang emas tetap juga berharga.

Nak bercerita tentang sistem di sekolah yang mementingkan reading system. Setiap hari anak akan membawa pulang buku cerita sebagai homework wajib. Dan buku-buku ni pula diwajibkan ibu bapa untuk monitor. Siap dibekalkan buku note hijau untuk merekodkan apa jua komen oleh parents.

Menariknya tentang sistem buku ni, setiap hari perlu bawa balik paling kurang 2 buku. Weekend pula 3, dan cuti sekolah 4 buku. Bagi Syahmie yang now di level orange, ada pula 'Book Corner' yang lebih panjang atau buku sains (fiction books). Kualiti buku-buku ini yang sangat mengagumkan. Tiap-tiap hari menarik sangat buku-bukunya. Ada level dan step yang perlu diikuti oleh anak menurut kemampuannya. Alhamdulillah sekarang ni di level orange yang pages nya lebih banyak dalam 50 mukasurat.

Kerja rumah lain tidak dibekalkan, kecuali Selasa ada kerja rumah Maths. Selainnya mereka hanya membuat reading semata.

Dan tak cukup dengan itu setiap dua minggu mereka wajib pula meminjam bulu dari library sekolah sebanyak 2 buku lagi.

Kita rasa macam banyak sangat buku yang dibaca. Tapi tidak sebenarnya...

Bayangkan setiap minggu kami pergi pula ke library. Kalau tidak sempat dalam minggu tu, kami pergi setiap 2 minggu, bergantung kepada kesibukan atau tidak. Apa yang best tentang library ni adalah...kami sekeluarga semua ada kad sendiri. Setiap orang boleh pinjam sehingga 24 buah buku. Bayangkan...
24 buah buku. Maka berlambaklah buku-buku di rumah macam boleh buat library pula. 24 ni kalau kali 4 orang maka sebanyak 96 buah buku semuanya. Ada juga masanya yang kami pinjam sebanyak itu. Bayangkan berapa banyak buku yang ada di library tu kalau mereka boleh offer sebanyak itu kepada setiap orang. Dan kad yang sama boleh pula meminjam dari library lain dalam county yang sama. Setakat ni kami hanya bertandang ke Windsor Library sahaja... tak larat lagi nak ke library lain. Kalau dah habis nanti segala buku dipinjam, barulah beralih pula ke library lain pula agaknya.

(Maaf, saya bukan ingin mengiklankan blog Berpetualang Ke UK saya itu. Cuma di blog itu adalah luahan saya kerana ada kalanya berita-berita yang dibaca saya ingin sangat memberikan komen untuk kepuasan sendiri.)

Saya ingin merujuk kembali akan komen saya di dalam Penyelesaian Warna Diri Di Dalam Penyelesaian Permasalahan dan Pembangunan Kecemerlangan Pelajar.

Saya melihat diri saya sebagai produk yang pernah diberi perhatian oleh guru, dan juga tidak diberi perhatian (saya mengalami kedua-duanya). Pentingnya perhatian dari guru ini dapat dilihat kesannya kepada pelajar yang berjaya hari ini dalam akademik misalnya. Cuba ditanya mereka, adakah mereka diberi perhatian oleh guru? Rata-rata akan menjawab tanpa disedari guru memang memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar mengenal potensi diri. Bertuahlah pelajar ini kerana guru mereka dapat melihat potensi mereka. Ini kerana potensi mereka dapat diserlahkan dari awal lagi. Bagi pelajar yang lain kenapa guru tidak melihatnya?

Sebenarnya guru tidak mengetahui bagaimana mengenal potensi anak didiknya. Bukan salah mereka tidak memahami kerana belum ada saluran menyeluruh yang diketahui dalam mengenal potensi ini. Guru kelas sendiri tidak dapat memahami anak didik di kelasnya secara keseluruhan berdasarkan masa yang ada bagi mengenal pasti kesemua mereka. Hanya mereka yang terserlah sahaja yang dapat dibimbing dan diberi perhatian lebih awal.

(Berbanding di sesetengah luar negara, di peringkat awal sekolah rendah, seorang guru kelas mengajar pelbagai subjek bagi kelasnya. Malah Tahun 1 dan Tahun 2 dicampurkan, dan Tahun 3 bersama Tahun 4; maka guru kelas yang sama menjaga murid selama 2 tahun. Bukan itu sahaja, jika adik beradik sebelum ini pernah diajar oleh guru, maka sekolah cuba mengekalkan 'familiarity' dengan meletakkan adik beradik yang lain di dalam kelas dan guru kelas yang sama. Maka inilah pendekatan bagaimana prestasi pelajar dapat ditentukan oleh guru kerana guru berada lama bersama pelajar untuk membuat penilaian secara berperingkat-peringkat tetapi berterusan dan tetap. Ini mengurangkan sistem peperiksaan yang terlalu membebankan pelajar dan guru).

Adalah sukar bagi guru mengenal kesemua pelajar sedangkan ibu bapa sendiri tidak mampu melakukannya. Perkara yang sama berlaku kepada ibu bapa seperti mana guru juga. Bagi anak-anak yang menyerlahkan potensinya dari awal dapatlah ibu bapa mengenal pasti dan memberi perhatian. Tetapi bagaimana dengan sikap negatif? Bukankah sikap negatif dapat dilihat juga daripada awal untuk diberi perhatian juga? Malangnya perhatian diberikan setelah ianya menjadi minor dan major dan tidak mampu lagi dibendung. Bukankah elok jika perhatian patut dilakukan sejak dari peringkat simptom lagi?

Maka dapat dilihat di sini, penekanan yang cuba saya tekankan adalah penglibatan yang sama pentingnya antara ibu dan guru. Itulah nanti yang akan cuba saya kaji sedalamnya di dalam pengajian yang melibatkan penyelidikan sebenar akan perana penglibatan ibu bapa di dalam perkembangan kecemerlangan anak-anak.

Saya memahami isu yang berlaku di Malaysia di mana kedua ibu bapa yang terpaksa bertungkus lumus mencari sumber bagi pembayaran pelbagai keperluan pembelajaran anak-anak. Ini adalah salah satu perkara yang menjadikan tekanan bukan sekadar terhadap anak-anak, tetapi bermula daripada tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa sendiri. Dan hasilnya, jika keputusan yang kurang cemerlang kepada anak-anak, maka tekanan pula disalurkan kepada guru-guru lantaran perbelanjaan yang sangat tinggi telah dikeluarkan untuk pembelajaran anak-anak sahaja.

Ini sangat berbeza pula di luar negara. Saya hanya mampu kongsikan akan sistem pendidikan di UK ini yang diberi secara percuma. Namun sistem pendidikan percuma ini hasilnya setakat yang dinikmati adalah dari kepuasan kualiti pengajaran oleh guru-guru. Saya ada menulis sedikit di dalam blog saya Apa Kata Anda ini :

Besarnya Tanggungjawab Seorang Guru..bukan sekadar mendidik

Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik iaitu dalam menyampaikan silibus semata sebagaimana yang digariskan oleh kokurikulum. Dalam untuk mewujudkan suasana yang berkesan untuk membina keseronokan belajar, guru berperanan besar untuk mewujudkan suasana tersebut. Saya melihat dan bertanya kepada guru kepada anak saya akan kemudahan di dalam kelas yang sangat menarik. Pertamanya saya mendapati peranan seorang guru bagi awal persekolahan, seorang guru ditugaskan menjaga kelasnya dan mengajar kebanyakan subjek. Ianya berbeza dengan sistem kita di mana seorang guru mengajar berdasarkan subjek (ini tidak termasuk guru yang mengajar subjek yang bukan kepakarannya lantaran kekurangan tenaga pengajar). Dan suatu yang lain yang sangat berbeza adalah, pelajar tahun 1 dan tahun 2 yang diwujudkan di dalam satu kelas yang sama. Maka anak saya ini mempunyai guru kelas yang sama untuk 2 tahun dan guru kelasnya ini mengajar pelbagai subjek (kecuali subjek yang benar memerlukan kepakaran khas).

Malah jika di nursery anak saya, jika ada adik beradik sebelum ini pernah bersama dengan seseorang guru, maka adiknya akan ditempatkan bersama guru tersebut juga. Sistem keserasian(familiarity) ini nampaknya digunapakai supaya tidak banyak perubahan bagi seorang kanak-kanak.

Terkejut saya guru kelas anak saya sudah mengajar selama berbelas tahun. Guru besar sendiri rupanya sudah 17 tahun beliau sebagai guru besar di sekolah itu.

Kebaikan nya adalah seorang guru akan benar 'masak' akan perangai dan ragam anak didiknya. Proses untuk memantau akan memberi kelebihan di sini. Segala perubahan ke atas pelajar dapat dilihat secara berterusan.

Berbalik kepada kemudahan di dalam kelas... guru kelas anak saya menerangkan ianya adalah tanggungjawab guru dalam mencantikkan kelas dan mewujudkan suasana pembelajaran. Guru kelas akan mencadangkan keperluan yang diperlukan bagi setiap sesi dan segala keperluan ini akan disediakan oleh pihak sekolah (bajet oleh pihak sekolah).

Dapatkah kita bersama melihat di sini bagaimana suasana kelas yang sangat menceriakan telah memainkan peranan memberikan simulasi pembelajaran kepada kanak-kanak? Mungkin perlu saya quote di sini akan pelbagai kajian terdahulu, namun saya percaya tanpa saya quote mana-mana kajian pun dapat kita fikirkan sendiri bagaimana suasana persekitaran seperti gambar di atas dapat menjadikan kanak-kanak berasa gembira untuk datang ke sekolah. Tiadanya kerusi yang rosak yang tidak selamat digunakan apatah lagi isu tiada kemudahan meja kerusi seperti berita yang kita dengar beru-baru ini akan kedaifan keadaan sekolah yang sangat menyedihkan.

Saya ingin merujuk kepada pandangan jawapan berdasarkan soal selidik yang saya jalankan ini. Ianya merujuk kepada jawapan ini “Dasar pelajaran perlu digubal oleh pakar-pakar pendidikan bukan orang-orang politik supaya ia tidak menjadi satu isu tragedi politik di mana mangsanya ialah masa depan anak-anak kita!” Saya ingin merujuk kepada posting saya di Berpetualang Ke UK yang bertajuk

Bekas pembantu rumah jadi Menteri di Brazil

Saja copy paste kisah ni . Pertamanya mana yang baik untuk dijadikan inspirasi. Dan keduanya alangkah bagusnya kalau kat Malaysia ni menteri dipilih berdasarkan pengalaman yang dilalui macam ni. Maka pengalaman itu dapat digunakan untuk menjalankan tugas-tugasnya. Bukanlah setiap beberapa tahun tertentu berubah-ubah sahaja.

Oleh Nurul Adlina Kamaludin (Berita Harian, April 2008)

Marina Silva miskin, pernah buta huruf bukti kegigihan wanita BUTA huruf, miskin, pernah bertugas sebagai pembantu rumah, mengambil upah menjahit, menoreh getah, menghidap hepatitis dan tinggal jauh di pelosok pedalaman yang serba serbi amat kekurangan. Ini semua ciri-ciri yang pastinya dilihat segelintir masyarakat sebagai resipi seorang individu gagal yang tidak mungkin dapat menikmati kejayaan, jauh sekali bergelar Menteri.

Namun, itulah pengalaman pahit yang mendewasakan seorang wanita Brazil, Marina Silva yang bertatih daripada seorang buta huruf kepada celik, ke menara gading, sebagai aktivis dan seterusnya bergelar Menteri Alam Sekitar Brazil. Lebih membanggakan, pemilik nama asal Marina Silva Vaz de Lima yang kini berusia 50 tahun, dapat pula berkongsi anugerah berprestij alam sekitar dunia yang dimenangi bersama bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore di atas usaha mereka menyelamatkan alam sekitar, baru-baru ini. Kisah unik Marina yang tidak ubah seperti telenovela

kehilangan ibu pada usia 14 tahun, diuliti kemiskinan sehingga pernah berlapar sehari semalam kerana tiada makanan, bergelut sebagai pembantu rumah mungkin asing bagi kita, tetapi di Brazil, Marina dianggap wira.

Bagaimanakah wanita sepertinya mampu menjadi Menteri?

jawatan yang lazimnya dikaitkan dengan faktor seperti berlatar belakang keluarga kaya dan berpengaruh, khususnya di negara Amerika Latin?

"Kehidupan saya amat susah. Saya dilahirkan di kawasan ceruk di pedalaman hutan Amazon. Bapa hanya bertugas sebagai penoreh getah," kata Marina dalam satu temubual dengan media asing, baru-baru ini. Kesengsaraan diuliti kemiskinan itu turut menyaksikannya kematian dua adik kesayangan. Enam bulan kemudian, ajal menjemput ibunya dan seterusnya, adik lelakinya. Marina terbiar, terumbang ambing, sunyi dan tidak pernah mengenali maksud di sebalik abjad kerana keadaannya yang buta huruf.

Ini menyebabkannya tidak pernah menaruh harapan tinggi dalam hidup, jauh sekali menjadi ahli politik popular. "Ketika saya membesar, mereka yang bekerja dengan kerajaan lazimnya berasal dari keluarga berada. Saya sebaliknya hanyalah anak seorang penoreh getah dan menjadi penjawat awam amat mustahil. Impian saya cuma satu, iaitu agar celik huruf." Atas alasan itu, Marina berasa kagum setiap kali melihat mulut ayahnya terkumat-kamit membaca buku. "Saya amat kagum bagaimana orang mampu meluahkan apa yang mereka lihat di atas kertas. Saya mahu membaca supaya dapat berbakti sebagai guru untuk membantu yang lain." Marina sedar, hanya satu jalan untuknya keluar daripada kemelut sebagai buta huruf. Beliau perlu ke bandar Rio Branco dengan mengikuti kelas celik huruf khusus bagi golongan dewasa.

Berkat kesungguhannya, Marina yang berusia 17 tahun ketika itu, akhirnya boleh menulis dan membaca dalam masa 15 hari. Beliau melipat gandakan usahanya dengan menjadikan buku sebagai kawan yang membawanya ke Universiti Persekutuan di Acre dan memperoleh ijazah sarjana muda sejarah pada 1985. Kerjaya sebagai pendidik sempat dirasainya sebelum bertemu aktivis buruh dan alam sekitar popular, Chico Mendes. Perkenalan dengan Mendes menjadikan Marina memutuskan untuk mengabdikan diri dalam misi menyelamatkan hutan Amazon. Usaha murninya mendatangkan hasil apabila Marina menjadi wanita termuda pernah dilantik sebagai Senator. Tumpuan utamanya, meneruskan kempen pemuliharaan alam sekitar dan kawasan hutan. Berkat kesungguhannya, pada 2002, Presiden Luis Inacio Lula da Silva, yang pernah menjadi budak pengilat kasut sebelum bergelar ahli politik, melantik Marina sebagai Menteri Alam Sekitar

– tugas yang memberi tanggungjawab besar kepada Marina untuk melindungi Amazon yang juga kawasan hutan terbesar dunia. Berbekalkan pengalaman luas sebagai aktivis alam sekitar, Marina segera menangani masalah seperti pembalakan, pertanian dan sikap syarikat korporat yang terbabit dalam usaha penerokaan hutan

– tugas berat yang sebelum ini tidak berani digalas bekas Menteri portfolio berkenaan. Baginya, tugas sebagai Menteri bukanlah alasan untuk berpeluk tubuh dan memerhatikan saja kemusnahan pada khazanah berharga Brazil dan dunia itu. Semangat juangnya sebagai aktivis masih terus mengalir dalam dirinya yang dianggap Marina seharusnya disemarakkan lagi biarpun sudah bergelar Menteri. Atas kesungguhannya itu, Marina dipuji sebagai antara penyebab utama yang memperlahankan kemusnahan Amazon selain membawa dalangnya ke muka pengadilan.

Maka di sini, cukuplah dengan komen pendek saya di atas yang menyatakan alangkah baiknya jika di Malaysia pandangan mereka yang terlibat secara terus di dalam pengajaran dan pembelajaran dinilai terlebih dahulu dengan semasak-masaknya sebelum sesuatu perlaksanaan itu dijalankan.

Saya ingin meletakkan maklumbalas pilihan yang sangat bernas pendapatnya.

Apa kata anda akan cadangan kesusasteraan Inggeris di sekolah rendah?

Tidak Setuju

Komen anda : Saya cadangkan ianya diadakan di peringkat sekolah menengah. Pada peringkat sekolah rendah para pelajar harus diberi pendedahan yang sewajarnya tentang bahasa Inggeris.Murid perlu menguasai asas-asas bahasa ini dengan baik terlebih dahulu (seperti nahunya, penulisan, tatabahasa, perbualan) baharulah diperkenalkan pengajian sastera Inggeris yang lebih mendalam. Saya cadangkan sastera Inggeris sebagai salah satu subjek elektif di peringkat menengah. Malah sastera bahasa Melayu pun hanya diperkenalkan di peringkat menengah sahaja. Ia tidak adil bagi murid-murid yang bahasa pertamanya bukan bahasa Inggeris. Sastera Inggeris bukan penyelesaian masalah ketidak fasihan bahasa Inggeris dikalangan anak muda kini. Kita tidak perlu bercakap bahasa Inggeris klasik ketika bekerja dengan syarikat multinasional Amerika! Lainlah jika mahu menjadi sasterawan Inggeris juga!

Masalahnya ialah kekurangan guru bahasa Inggeris yang berkualiti, peralatan, cara pembelajaran dan juga waktu pembelajaran yang tidak cukup. Bahasa tidak kira apapun perlu dipelajari daripada asasnya, penguasaan yang baik ialah hasil pendedahan yang baik bermula daripada usia seawal 4 tahun.Untuk menguasai sesuatu bahasa seseorang perlu belajar membaca, bercakap, mendengar dan menulis dalam bahasa itu dahulu. Kita tidak boleh memaksakan ilmu bahasa seperti ini ke atas anak-anak secara mengejut, pendekatan dan cara pembelajaran perlu diperbaiki terutamanya diperingkat sekolah rendah. Bagaimana hendak belajar bahasa Inggeris jika guru bahasa itu sendiri tunggang langgang bahasanya?

Jika cadangan subjek kesusasteraan bahasa Inggeris diteruskan, apakah pendapat anda akan berlaku kepada pelajar?

Implikasinya ke atas anak-anak terutamanya di luar bandar di mana kebanyakan ibu bapa mereka bukan menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Maka mereka tiada rujukan selepas waktu sekolah, malah TV Astro sekalipun tidak menayangkan filem sastera Inggeris, malah mereka banyak menayangkan kartun dan filem-filem Inggeris yang bahasa Inggerisnya tidak 'standard' atau 'pasar'. Maka anak-anak ini sudah pasti ketinggalan dan mereka juga tidak mampu untuk membayar tuisyen kelas tambahan yang tentunya mahal, juga tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan tambahan yang sudah tentu juga harganya mahal kerana terpaksa diimpot daripada luar negara. Pelajar akan tercicir hilang semangat dan akan selalu ponteng kelas ini.Hanya 1-2% sahaja daripada keseluruhan populasi pelajar akan menyukainya dan mereka ini terdiri daripada anak-anak daripada kelas menengah yang ibu bapanya berpelajaran tinggi dan pernah menuntut di luar negara.Lebih kurang 95% yang lain akan ketinggalan.

Namun begitu, jika ia dilakukan juga seperti dicadangkan di atas ia mestilah dikategorikan sebagai elektif dan ia juga sebagai peluang tambahan kepada para pelajar yang tidak ada kecenderungan kepada aliran Sains dan Matematik.

Jika cadangan subjek kesusasteraan bahasa Inggeris diteruskan, apakah pendapat anda akan berlaku kepada guru?

Sastera Inggeris harus diajar oleh guru yang sekurang-kurangnya mempunyai ijazah pertama dalam bahasa Inggeris. Bukan guru 'bidan terjun' yang dipaksa mengajar subjek ini setelah menghadiri kursus demi kursus. Guru yang hasil acuan beginilah yang akan memburukkan lagi keadaan pembelajaran tersebut. Mereka mungkin hanya menguasai bahasa Inggeris sekadar 'cukup makan' sahaja dan mengambil kursus ini untuk 'mencari makan' sahaja. Kes ini banyak berlaku sekarang ini di bawah polisi Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris.

Jika cadangan subjek kesusasteraan bahasa Inggeris diteruskan, apakah pendapat anda akan berlaku kepada ibu bapa?

Bagi ibu bapa seperti saya, saya telah bersedia lebih awal dengan memasukkan anak saya ke tadika swasta (RM 200 sebulan) berbahasa Inggeris ketika dia berusia 4 tahun lagi. Maka penguasaannya adalah baik. Namun saya kasihan ibu bapa di dalam bandar yang tidak mampu dan berpendapatan rendah, mereka terpaksa menghantar anak ke tadika KEMAS (yang kualitinya amat rendah). Begitu juga dengan ibu bapa di pinggir bandar dan di kampung-kampung, di mana dan kepada siapa mereka hendak mengadu dan berbincang? Guru-guru? PIBG? Pegawai Pendidikan? Apa mereka boleh buat apabila keputusan seperti ini ialah keputusan politik?

Apakah pendapat anda akan sistem pendidikan di Malaysia ketika ini?

Ada yang baik, ada yang perlu dirombak dan diperbaiki. Masalah kita ialah 'kualiti' pengajar dan juga pelajar. Profesion perguruan di Malaysia ialah pilihan kebanyakan orang yang sudah tidak ada pilihan lain. Oleh itu guru-guru yang diserap ke dalam maktab kualitinya memang tidak ada. Mereka ini kumpulan serpihan atau buangan. Harap ini diambil perhatian. Saya cadangkan di masa hadapan kerajaan hanya akan mengambil guru-guru yang berkualiti sahaja. Bukan lulusan STPM atau SPM yang tidak dapat 'offer' kursus lain maka mereka pun masuk jadi cikgu. Bakal-bakal guru mesti mengambil ijazah perguruan/pendidikan terlebih dahulu. Pusat pengajian yang mendidik guru-guru ini juga mestilah berkualiti dan mempunyai kayu ukur yang tinggi.

Tentang sistem pendidikan, dicadangkan supaya ia lebih terbuka.Ketika anak saya di tadika, sistem sekolah itu amat terbuka, semua murid digalakkan mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti sukan mahupun budaya. Mereka amat gembira dan punya keyakinan diri yang tinggi. Apabila diminta guru untuk membuat persembahan atau memberi pendapat mereka tidak takut dan yakin diri. Namun semua ini bertukar apabila dia memasuki darjah satu di sekolah rendah. Gurunya tidak memberi peluang seperti di tadika lagi. Guru pilih sesiapa yang difikirkannya patut tanpa bertanya atau diminta memberikan pendapat. Guru ini tidak mengalakkan kreativiti dan juga 'melanyak' keyakinan diri muridnya. Akibatnya anak saya lama-kelamaan menjadi pelajar yang pasif dan kurang yakin diri. Semuanya jadi Pak Turut dan juga mereka tidak mahu belajar perkara yang belum atau tidak diajar oleh guru mereka. Saya juga tidak pasti apa yang berlaku di sekolah kerana kurang perhubungan antara ibu bapa dan guru. Apabila saya cuba berbincang dan bertanya, gurunya bermasam muka dan kurang peka atau minat untuk berbincang (defensif). Oleh itu sistem pendidikan negara telah 'membunuh' banyak pelajar yang berkemampuan seperti anak saya pada awal-awal lagi!

Adakah anak-anak anda berasa suka akan pergi ke sekolah dan suka belajar?

Tidak suka ke sekolah tetapi suka belajar

Komen anda : Pada mulanya anak saya dihantar ke sebuah sekolah rendah kerajaan yang terbaik di daerah (saya tidak nyatakan di sini nama bandarnya). Pada mulanya dia gemar ke sekolah kerana sekolah ini kebetulan amat aktif dan kompetitif. Guru-gurunya juga profesional walaupun ada seorang dua yang 'kurang'.


Sembilan bulan kemudian saya berpindah ke satu daerah lain (juga saya tidak nyatakan di sini) kerana mengikut suami, dan anak saya di sekolahkan di sebuah sekolah rendah di pinggir bandar. Saya amat terkejut dengan perbezaan kedua-dua sekolah ini. Sekolah ini agak kurang aktif, guru-gurunya santai sahaja, hanya dua atau tiga orang muridnya yang mendapat A dalam bahasa Inggeris. Tiada tindakan yang inovatif diambil untuk mengubah keadaan ini. Segala-galanya diserahkan kepada takdir.Hanya 5-6 orang mendapat 5A, sejak lima tahun yang lalu, tiada tindakan drastik diambil untuk memperbaiki keadaan. Mesyuarat PIBG pun masih belum diadakan setelah hampir setengah tahun sekolah dibuka. Apabila saya membuat banyak pertanyaan, saya dilihat seolah-olah sebagai makhluk asing yang mengganggu 'kesantaian' sistem mereka. Keadaan sungguh menyedihkan dan berbeza seperti langit dan bumi. Anak saya juga mulai memberi alasan untuk selalu ponteng apabila ada peluang.Saya tidak pasti sama ada guru-guru, persekitaran atau memang mereka di sini tidak mementingkan pendidikan.

Adakah anda bersetuju akan langkah yang telah diambil iaitu telah menjadikan subjek Matematik dan Sains di dalam bahasa Inggeris?

Tidak Setuju

Komen anda : Isunya ialah penguasaan bahasa bukan penguasaan subjek sains ataupun matematik. Seharusnya subjek utama diajarkan di dalam bahasa ibunda sesuatu masyarakat. Oleh itu tahap penguasaan ilmu itu akan menjadi lebih baik.

Isu bahasa perlu ditangani secara berasingan. Keperluan kepada bahasa Inggeris memang tidak dapat dinafikan. Namun jika ini masalahnya, maka kerajaan perlu menyediakan guru-guru bahasa Inggeris yang berkualiti, menambah masa pengajaran dan juga melihat adakah cara dan pendekatan pengajaran bahasa itu perlu dirombak dan diubahsuai? Mungkin pendekatan yang digunakan tidak berapa betul ataupun tidak mencukupi? Maka diperingkat mana ia harus diperbaiki? Mungkin sebelum memasuki universiti semua pelajar perlu mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris terlebih dahulu? Ataupun mungkin selepas SPM murid diwajibkan mengambil kursus bahasa Inggeris sebagi persediaan sama ada untuk memasuki alam pekerjaan atau untuk menyambung pelajaran?

Dengan mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak bermakna anak-anak ini boleh berbahasa Inggeris dengan fasih!

Pelajaran menguasai bahasa dan pelajaran menguasai ilmu teknikal adalah dua perkara yang berbeza!

Bagaimanakah dan apakah caranya anda rasa untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia boleh menjadikan pembelajaran yang lebih seronok lagi?


Bilik Darjah : Banyak aktiviti dan 'open floor' kepada murid dengan terkawal. Guru-guru perlu menguasai bukan sahaja ilmu pendidikan tetapi juga ilmu seperti 'emotional intelligence' dll untuk aplikasi kepada muridnya yang pelbagai itu. Kelas perlu tidak terlalu ramai paling ideal 25 orang.


Guru / Pengajar : Guru-guru yang berkualiti, berminat dengan kerjayanya, pandai mengendalikan stres dan emosi diri serta muridnya, guru yang sentiasa mahu dan minat belajar dan juga guru yang inovatif dan kreatif dalam pengajarannya.


Silibus Pembelajaran : Silibus hendaklah selalu disemak. Pelajaran muzik contohnya boleh membantu pelajaran bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Arab. Murid-murid lebih mudah menguasai sesuatu apabila mereka santai dan gembira. Namun selalunya guru muzik tidak bekerjasama dengan guru bahasa dalam hal ini. Muzik ialah salah satu alat pembelajaran yang penting dan berguna jika tahu bagaimana memaksimakan impaknya terhadap proses pembelajaran anak-anak. Guru sekolah rendah perlu perhatikan sistem pengajaran di sesetengah tadika swasta yang amat inovatif dan menarik!


Cara / Kaedah Pembelajaran : lebih terbuka, aktif dan 'participative'. Bukan hanya duduk mendengar dan menyalin.


Apakah perubahan lain yang anda rasakan perlu bagi menjadikan pendidikan di Malaysia menjadi lebih baik dalam menghasilkan pelajar yang lebih baik lagi?

Komen anda : Komunikasi antara guru-guru dan ibu bapa perlu lebih terbuka, lebih banyak perbincangan rasmi dan tidak rasmi tentang kemajuan murid. Ia bukan hanya dilakukan dua tahun sekali tetapi setiap minggu jika boleh. Laman web interaktif antara guru dan ibu bapa penting. Sekolah perlu diberi lebih kebebasan untuk mencorak cara pentadbiran dan pembelajaran di sekolah mereka.

Kurangkan bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas guru-guru, mereka ini perlu fokus kepada mendidik bukan membuat kerja pentadbiran yang berlebihan.

Jika anda diberi peluang untuk memberikan cadangan, apakah yang anda rasakan perlu untuk menjadikan bahasa Inggeris dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik?

Komen anda :

1).Mengajarnya ketika di sekolah tadika lagi iaitu bercakap, menulis, mendengar dan membaca dalam bahasa itu dengan baik.

2).Kelas tambahan khas untuk murid-murid dipinggir dan di luar bandar ketika cuti sekolah. Kelas ini perlu mempastikan anak-anak ini boleh menguasai bahasa ini dengan baik lisan mahupun bertulis.

3).Peruntukan buku-buku bahasa Inggeris yang berkualiti bukan picisan untuk bacaan anak-anak ini di perpustakaan sekolah dan awam (desa). Perpustakaan sekolah dipendalaman perlu 'amat baik' berbanding sekolah di bandar kerana mereka di sini tiada akses kepada kemudahan-kemudahan lain yang berkualiti seperti di bandar disamping itu pendapatan ibu bapa juga tidak berapa tinggi.

4).Pendidikan prasekolah yang berkualiti memberi kesan yang amat ketara sehingga anak-anak ini berusia 12 tahun.

Sebagai untuk membuat kesimpulan akan pandangan saya, tujuan saya menyatakan pandangan dan juga pilihan maklumbalas adalah bagi memberi anda suatu rangsangan untuk memberikan pendapat yang dapat membantu Sistem Pendidikan Malaysia ini mendapat laluan untuk memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada. Komen yang diberikan adalah berbeza hasilnya antara semata-mata kritikan dan kutukan yang tidak dapat dibawa ke mana-mana. Sebaliknya cadangan yang dapat diberikan secara ikhlas yang bertujuan untuk kebaikan bersamalah yang akan membuatkan pihak yang bertanggungjawab dapat menilai dengan baik untuk kepentingan anak bangsa.

Lahirkanlah idea bernas anda menerusi ruangan mengkaji pendapat anda. Saya yakin pihak yang berada di kementerian terbabit akan dapat melihat kesungguhan kita bersama.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya di sini iaitu kisah semasa saya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (1994-95). Saya teringat akan waktu saya di sekolah dulu, saya yang telah dipanggil oleh pengetua ke pejabatnya kerana didapati bersalah menggunakan walkman semasa belajar (saya ditangkap bersalah ketika beliau sedang menjalankan lawatan mengejut ke kelas pada waktu malam). Saya ketika itu telah menjelaskan akan walkman berjaya mengatasi masalah saya yang terganggu akan rakan lain yang ada masanya mengganggu rakan lain semasa belajar. Dan saya terkejut akan pengetua selepas itu membenarkan penggunaan walkman tanpa perlu menyorok-nyorok lagi. Pengetua itu adalah pengetua baru yang pada penghujung 1995 itu bertukar ke sekolah ini. Beliau adalah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (bermula 2007) sekarang - Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd Dom yang mana saya ada banyak perkara yang saya saya ingin kongsikan bersama beliau jika saya berkesempatan untuk menemuinya pada suatu hari nanti.

Sebenarnya saya pernah terjumpa kembali akan bekas pengetua saya ini London yang ketika itu saya ke pejabat MAS di London(2002). Saya menyatakan kepada cikgu bagaimana saya tidak mengambilpun akan sijil keputusan SPM saya di sekolah lantaran ada beberapa perkara yang saya saya 'sedihkan' akan masalah di sekolah itu pada ketika saya belajar di sana. Dan cikgu telah membuatkan saya kembali ke sekolah lama saya itu dan melupakan segala yang keruh dan mengambil yang jernih. Dan selepas itu, saya tidak dapat menjejaki semula cikgu. Maka diharap blog saya ini akan dapat saya bertemu semula dengan cikgu.

Maka saya nyatakan di sini, saya hanyalah berniat yang baik untuk kepentingan sistem pendidikan yang lebih baik lagi.

Dan sebagai contoh di sini akan anak-anak saya yang baru berusia 6 tahun ini (Tahun 1) ini yang pandai menulis di blognya sendiri (anak saya belum pun belajar Kesusasteraan English lagi pada tahap ini) :

· Things we do before go to school

· Great Windsor Park.

· What I'm going to buy with £1million.

· Playtime during a rainy day.

· Story about people not appreciate things.

· About My school.

· What I was doing today?

· Things that we do before sleep.

· Tea time at Raphael's house.

Bagaimana ingin menghubungi saya ?

Penyelesaian Warna Diri Di Dalam Pembangunan Pelajar



PENGENALAN


Permasalahan pelajar yang timbul dapat diatasi oleh pelajar itu sendiri sahaja. Kebanyakan masalah adalah disebabkan oleh ketidakupayaan pelajar mengatasi masalah dalamannya. Bagi orang yang sakit, dia akan berhadapan dengan kekeliruan dalam mentafsirkan segala maklumat luaran atau persekitaran dengan tepat. Umpamanya orang yang sakit merasai sesuatu makanan terlalu amat pahit manakala orang orang sihat tidak merasai sesuatu yang mengganggu deria rasanya. Begitu juga halnya apabila orang yang sakit mengalami kejutan dan tekanan apabila berhadapan dengan berbagai isu yang sebenarnya amat mudah bagi pengalaman orang yang sihat.

Orang sering selalu salah sangka apabila berhadapan dengan kesakitan yang melibatkan kecederaan di tangan atau mana-mana bahagian tubuh yang sakit. Apa yang sebenarnya bukanlah tangan anda yang sakit, sebaliknya otak anda yang gagal mengawal kesakitan. Kesakitan tidak akan terjadi jika pusat kawalan saraf di otak dapat dikawal sebaik mungkin melalui kuasa iman agar tidak cepat melatah apabila ditimpa kejutan atau musibah yang sebenarnya terdapat hikmah di sebalik cetusan itu. Terpulang kepada cara dan gaya bagaimana anda menerimanya. Maksudnya, kita tidak seharusnya terus menerus bertindak terhadap tafsiran otak terhadap simulasi elektrik yang datang daripada apa jua yang kita rasai, dengar, lihat atau bau. Sebaliknya kita harus mengawalnya mengikut kemahuan yang kita arahkan semula ke otak. Sebenarnya tindak balas isyarat dengan arahan adalah berbeza. Otak tidak pernah ingkar dengan arahan atau niat yang kita rakamkan mengikut kekuatan iman yang kita miliki. Dengan iman, semuanya tetap sama tetapi rasa dalaman yang anda terima amat berbeza sehingga lebih berat masalah itu lebih nikmat pula yang anda rasai.

Semua yang kita lihat, sentuh, dengar dan terima melalui pengalaman hidup di dunia dan alam semesta ini tidak lebih daripada mainan isyarat-isyarat elektrik yang berlaku di dalam otak kita. Kita tertipu dengan dugaan dan godaan dunia ini sehingga kita terlalu bertindakbalas dan ia benar-benar menjadi bebanan yang menyulit hidup kita.

Ringkasnya, otak akan mentafsir isyarat elektrik yang sampai kepadanya tetapi iman adalah sebagai pengawal yang dapat menyederhanakan maklumat itu secara cukup seimbang. Jangan berlebih-lebih atau terlalu bersifat mengalah sehingga takut dan lari daripada dunia dan diri anda yang sebenar..

Penyakit sebenarnya adalah rahsia salah satu jenis tenaga dan kehidupan. Perlu dingat bahawa kehidupan memang tidak dapat wujud secara kebetulan. Semua ketetapan itu dapat ditemui di dalam DNA. Penyakit yang kita tanggung hanyalah ujian dalam satu ilusi yang bersifat sementara bagi mereka yang bijaksana dan sabar. Kesan kesakitan, kelesuan, keletihan dan kepayahan yang dideritai itu hanyalah satu bentuk isyarat penipuan dan kekeliruan sistem tubuh kepada otak yang lemah. Keluhan dan rintihan yang keluar melalui suara hati hanya akan menambah kesakitan. Setiap satu patah perkataan yang dikeluarkan akan memihak kepada kekuatan dan kejayaan iblis. Iblis akan meraikan kejayaan demi kejayaan bagi meneruskan kesempatan melakukan tipu muslihat yang cukup licik memperdaya kita yang sedang sakit.(Pengalaman ini....Kenapa kita diganggu?) Begitulah kerja-kerja iblis kecil yang ditugaskan bekerja mengikut apa yang ditetapkan hingga akhir zaman. Kerjanya sentiasa merosak dan memusnahkan apa sahaja yang ditemuinya. Inilah kerja-kerja iblis kecil, kerja-kerja kuman, virus dan bacteria yang membuat kerja yang sama dan berterusan hingga berlakulah tindak balas kimia dan merosakkan tisu-tisu tubuh dan akhirnya terjadilah kanser (Mengapa berlakunya penyakit?).

Dalam CVT menekankan setiap masalah yang dihadapi sebenarnya terdapat gangguan di dalam sistem tubuh kita. Sistem organ yang mempunyai getaran tenaga atau frekuensi tertentu dalam melakukan fungsi tubuh akan menjadi lemah apabila berlaku kekurangan tenaga.

Virus yang mengubah fungsi hormon dan menjejaskan tahap emosi, spiritual dan mental seseorang. Akhirnya setiap sel dengan penjenisan penyakit akan mencipta satu personaliti atau tabiat buruk seseorang. Semasa sihat tidak mungkin anda mempunyai tabiat berpura-pura, buruk sangka, keliru, was-was, hilang kepercayaan diri dan sebagainya. Tabiat buruk ini datang serentak dengan penyakit-penyakit yang mengganggu sistem dan fungsi hormon.

Apabila anda menghidapi penyakit gangguan saraf yang menyebabkan hilangnya deria rasa, besar kemungkinannya ia adalah disebabkan hilang selera untuk makan. Ketika itu sistem kederiaan lain turut lemah. (Perhatikan orang yang sakit, adakah mereka makin berselera untuk makan. Mereka boleh menjadi marah apabila disuruh makan.) Anda seperti hilang kekuatan untuk terus hidup. Jika terlalu kurang kandungan garam di dalam pemakanan akan menyebabkan tubuh seperti tidak bermaya. Dengan isyarat yang datang dari sekeliling anda tidak lagi berkesan untuk mempengaruhi anda bertindak agresif melakukan tindak balas. Anda menjadi kurang cekap dan tidak lagi pantas di dalam melakukan apa jua aktiviti. Ketika itu ada bisikan yang amat kuat menggoda anda supaya melakukan apa sahaja perbuatan bodoh dan di luar kewarasan dan kawalan diri anda. Adakalanya anda akan diganggu dengan bisikan yang mengajak anda untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan iman dan pegangan anda. Pada masa yang sama, ada suara yang memujuk anda agar bersabar dan datang semula kesedaran diri.

Belajarlah mengenali punca dan keadaan sebenar penyakit dalam diri anda CVT bukan merawat tempat yang sakit sebaliknya ia merawat diri pesakit itu sendiri. Merawat tempat yang berpenyakit tidak menyelesaikan masalah kerana penyakit akan berpindah pula pada bahagian yang lain. Sebaliknya merawat diri si pesakit akan memaksa tubuh secara langsung merawat dirinya sendiri. Sistem tubuh secara sendirinya akan bekerja secara semula jadi dan menyeluruh dan akhirnya tempat yang sakit akan pulih.

CVT mengajar anda memahami diri. Semakin bertambahnya pengetahuan tentang tubuh anda, maka semakin terpegunlah anda kepada daya kebijaksanaan Maha Penciptanya.


FENOMENA

Kenapa program motivasi atau kesedaran diri kurang berkesan? Kenapa segala program perlaksanaan kerajaan masih kurang hasil yang diimpikan?

Memang benar banyak program kesedaran mahupun program motivasi telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Program ini sangat bagus dan perlu dilaksanakan secara berterusan. Tanpa berterusan manusia akan menjadi lupa kerana lumrah manusia yang sering alpa dan lupa. Manusia perlu selalu diingatkan dari semasa ke semasa supaya tidak lalai. Terlalu banyak unsur hiburan di zaman serba maju hari ini yang kita tidak perasan telah banyak mempengaruhi faktor kenapa anak muda zaman sekarang dilihat sangat berbeza berbanding generasi terdahulu yang terdiri daripada ibu bapa dan datuk nenek hari ini.

Generasi muda hari ini dilihat dan diperkatakan mempunyai kurang nilai yang diterapkan. Ini mungkin dilihat dari segi pergaulan yang sangat bebas antara lelaki dan perempuan yang dilihat tanpa batasan percampurannya. Keduanya cara gaya mereka menghormati golongan yang lebih tua dan ketiganya cara berpakaian. Yang lebih memeningkan, ianya bukan di tahap anak berusia remaja sahaja, malahan sikap yang kurang meyenangkan ini juga bermula dari bangku sekolah rendah lagi. Adik-adik ini dapat didengar menggunakan gaya bahasa yang kurang enak didengar dan cara bahasa yang digunakan adalah kasar. Saya yang mempunyai kenalan yang merupakan guru sekolah rendah ada yang mengadu anak zaman sekarang ini memang susah untuk ditegur dan dididik.

Saya sebagai generasi muda terpanggil untuk berkongsi pandangan rasa akan fenomena yang agak menyedihkan ini. Saya berhasrat untuk membantu kerajaan sedaya mampu menangani masalah golongan generasi baru ini.

Pertama saya melihat generasi muda ini tidak mengenal diri mereka. Cubalah ditanya kepada mereka siapakah diri mereka yang sebenarnya, untuk apa mereka dilahirkan di bumi ini, atau pernahkah mereka memikirkan perjalanan hidup mereka. Saya kasihankan diri mereka dan diri saya juga. Diri saya sendiri tanpa mengetahui potensi diri saya tidak dapat memikirkan siapa diri saya. Bagi mereka yang selalu mendapat kejayaan memang mudahlah mereka menjawab soalan ini. Tetapi bagi mereka yang menghadapi masalah, mereka tidak dapat menjawab persoalan ini bagi pihak diri mereka. Menghadapi masalah yang saya maksudkan di sini adalah tanpa kita ketahui diri kita ini telah diganggu sebenarnya hingga diri kita tidak dapat mengenali diri ini dengan baik. Saya diizinkan Allah menghayati perkara ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang saya lalui sehingga saya terpanggil menyuarakannya di dalam blog ini.

Gangguan yang saya cuba terangkan adalah gejala yang kita lihat ini seperti contoh-contoh yang telah saya sebutkan sebahagiannya tadi.

Bagi saya pelbagai perkara perlu dilihat di sini. Sesuatu yang berlaku haruslah dipercayai mempunyai suatu sebab yang telah ditentukan oleh Allah yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui. Mungkin dengan merosotnya akhlak ini adalah sebagai peringatan kepada ibu bapa agar kembali mengingatiNya setelah terlupa sebentar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Apa yang belaku hari ini kerana tiadanya penghayatan dalam diri. Sebagai contoh remaja tidak menghayati kenapa mereka perlu bercakap sopan, kenapa perlu menjaga tata susila dan kenapa perlu menghormati orang lain terutama mereka yang lebih tua.

Bagi saya di Malaysia ini penghayatan adalah lemah kerana cara budaya ilmu itu disampaikan tanpa pendedahan dan penerangan sepenuhnya. Setiap satu perkara tidak diterangkan sebab dan musababnya. Bagi mereka yang mencari punca sebab maka dia akan dapat menghayati, tetapi bagi yang sebaliknya maka akan berterusanlah mereka tidak menghayati.

Saya menulis ini hanya ingin mengambil peranan yang saya rasakan dapat membantu, itupun jika hasrat saya ini dapat diterimapakai. Saya hanya membuat luahan berdasarkan pengalaman yang dilalui dan ilmu yang dipelajari saya cuba dahulu ke atas diri sendiri.

Saya tidak mengatakan sistem pendidikan di negara kita adalah tidak bagus. Cuma masih banyak yang perlu dibantu bagi menjadikan sistem dapat membantu pelajar bukan sekadar akademik tetapi juga sahsiah yang tinggi. Penekanan selalu dilihat diberikan kepada polisi dan perlaksanaan fizikal. Saya memahami tugas guru tidaklah semudah yang disangka, maka diharap apa yang saya cuba bantu ini dapat membantu guru-guru juga nanti.

Saya melihat diri saya sebagai produk yang pernah diberi perhatian oleh guru, dan juga tidak diberi perhatian (saya mengalami kedua-duanya). Pentingnya perhatian dari guru ini dapat dilihat kesannya kepada pelajar yang berjaya hari ini dalam akademik misalnya. Cuba ditanya mereka, adakah mereka diberi perhatian oleh guru? Rata-rata akan menjawab tanpa disedari guru memang memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar mengenal potensi diri. Bertuahlah pelajar ini kerana guru mereka dapat melihat potensi mereka. Ini kerana potensi mereka dapat diserlahkan dari awal lagi. Bagi pelajar yang lain kenapa guru tidak melihatnya?

Sebenarnya guru tidak mengetahui bagaimana mengenal potensi anak didiknya. Bukan salah mereka tidak memahami kerana belum ada saluran menyeluruh yang diketahui dalam mengenal potensi ini. Guru kelas sendiri tidak dapat memahami anak didik di kelasnya secara keseluruhan berdasarkan masa yang ada bagi mengenal pasti kesemua mereka. Hanya mereka yang terserlah sahaja yang dapat dibimbing dan diberi perhatian lebih awal.

(Berbanding di sesetengah luar negara, di peringkat awal sekolah rendah, seorang guru kelas mengajar pelbagai subjek bagi kelasnya. Malah Tahun 1 dan Tahun 2 dicampurkan, dan Tahun 3 bersama Tahun 4; maka guru kelas yang sama menjaga murid selama 2 tahun. Bukan itu sahaja, jika adik beradik sebelum ini pernah diajar oleh guru, maka sekolah cuba mengekalkan 'familiarity' dengan meletakkan adik beradik yang lain di dalam kelas dan guru kelas yang sama. Maka inilah pendekatan bagaimana prestasi pelajar dapat ditentukan oleh guru kerana guru berada lama bersama pelajar untuk membuat penilaian secara berperingkat-peringkat tetapi berterusan dan tetap. Ini mengurangkan sistem peperiksaan yang terlalu membebankan pelajar dan guru).

Adalah sukar bagi guru mengenal kesemua pelajar sedangkan ibu bapa sendiri tidak mampu melakukannya. Perkara yang sama berlaku kepada ibu bapa seperti mana guru juga. Bagi anak-anak yang menyerlahkan potensinya dari awal dapatlah ibu bapa mengenal pasti dan memberi perhatian. Tetapi bagaimana dengan sikap negatif? Bukankah sikap negatif dapat dilihat juga daripada awal untuk diberi perhatian juga? Malangnya perhatian diberikan setelah ianya menjadi minor dan major dan tidak mampu lagi dibendung. Bukankah elok jika perhatian patut dilakukan sejak dari peringkat simptom lagi? Peringkat ini sebelum berlaku sebenarnya boleh dilihat jika ibu bapa dan guru mengenal sikap negatif anak sebelum sikap itu terjadi kepada anak.

Sikap negatif ini sebenarnya merupakan satu gangguan yang tidak disedari tetapi berlaku di peringkat sangat awal perkembangan kanak-kanak oleh terlebih atau terkurangnya suatu getaran tenaga yang berkaitan dengan warna di dalam tubuh kita. Sebagai contoh jika kita melihat bayi perempuan hari ini dipakaikan warna merah jambu sedari bayi lagi hinggalah menjadi warna kegemaran apabila remaja dan seterusnya. Warna merah jambu ini dilihat sebagai penuh lemah lembut yang tanpa disedari apabila terlalu terpendam warna ini di dalam tubuh maka menjadi sifat keanak-anakan yang berlebihan atau terlalu manja atau juga dikenali sebagai sifat mengada-ngada.

Atau mereka yang memakai pakaian berwarna hitam yang bertulisan membawa makna yang tidak baik, maka getaran tenaga makna itu akan meresap ke dalam jiwa si pemakainya. Jika remaja itu memahami dan menghayati maka dia tidak akan memakainya bukan? Memang golongan yang lebih tua akan menegur tetapi kenapa teguran itu dibuat selalunya tidak dapat dihayati oleh remaja tersebut. Ini berlaku kerana getaran tenaga perkataan yang diserap itu telah sampai ke tahap dasar yang memerlukan pendekatan yang lebih mendalam lagi.


PENYELESAIAN WARNA DIRI DAN KESEIMBANGAN DIRI

Pendekatan ilmu warna diri ini ingin dicadangkan diperkenalkan dapat :

Mengenalpasti masalah pelajar hingga ke akar umbi. Melalui teknik Colour Vibration Therapy menggunakan Kinesologi Otot Tangan dalam mendiagnos dapat membantu pelajar meluahkan masalah tanpa ragu-ragu.

Mengenalpasti potensi diri pelajar melalui kekuatan diri melalui sikap positif semulajadi yang ada pada diri dan kelebihan diri yang merupakan bakat terpendam yang perlu digilap.

Mengenalpasti kelemahan diri yang perlu dielakkan kerana sikap negatif dalam diri yang berterusan akan mencetuskan penyakit bermula daripada tahap simptom sebelum menjadi penyakit minor dan major, yang memerlukan jangka masa penyembuhan yang lebih lama.


Bagaimana CVT dan rawatannya dapat membantu masalah pelajar ?

1) Pemahaman yang dapat memberi penghayatan kepada hati

a. Penerangan secara jelas akan kesimpulan permasalahan yang dihadapi pelajar melalui diagnosis.

b. Penerimaan dugaan dengan tenang, ikhlas, sabar dan redha

c. Fokus, istiqamah, dan berterusan dalam perlaksanaan

d. Pemulihan diri yang sebenar
i. dengan memberi semula frekuensi yang mengalami ganggu
ii. dengan mengekalkan keseimbangan

2) Pemantauan, kaunseling dan motivasi berterusan


CVT dalam mengenal ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu melalui warna diri seseorang itu. Setiap individu mempunyai warna yang melindung dirinya yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu warna luaran yang mendominasi sifat-sifat individu sebanyak 80%, dan warna dalaman yang mempengaruhi 20% sifat-sifat individu tersebut. CVT mengkategorikan warna tersebut mewakili empat level diri manusia iaitu Spiritual (Putih), Emosi (Merah Jambu), Mental (Hijau) dan Fizikal (Biru). Penerangan Lengkap Warna Diri

Setiap level diri ini mempunyai sifat psikologi positif dan negatif, kelebihan, kerjaya dan terapi diri yang tertentu. Seseorang yang tidak mengetahui sifat psikologi negatifnya dan tidak berusaha mengelakkan sifat-sifat itu, maka akan menjadi punca berlakunya sesuatu penyakit yang berkaitan dengan level dirinya, yang akan bermula dari tahap simptom, kemudian menjadi minor sebelum menjadi kronik. Apabila ini berlaku ia akan memakan masa yang agak lama untuk penyembuhan.

Apa yang ingin ditekankan di sini, saya melihat perkara ini berdasarkan pengalaman saya menghadapi permasalahan yang saya alami. Bagi pendapat saya, apa jua masalah yang dihadapi oleh pelajar, memang benar hanya pelajar itu sendiri sahaja yang dapat mengatasinya. Apa jua gangguan atau masalah ianya merupakan kerja-kerja iblis yang di luar sedar (Pengalaman ini....Kenapa kita diganggu?). Saya bersyukur diberikan petunjuk dengan kuasa Allah dapat melihat langkah-langkah penyelesaian yang perlu dilakukan. Dan sekarang ianya menjadi tanggungjawab saya pula untuk membantu pelajar lain. Mungkin inilah hikmatnya di sebalik kesulitan yang berlaku. Jika masalah tidak menimpa saya, saya mana mungkin mendalami suatu pendekatan yang dapat digunakan oleh orang lain pula.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang mempunyai level diri Spiritual merupakan seorang yang peka dengan suasana dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menaikkan semangat orang lain maka adalah lebih sesuai memilih kerjaya sebagai kaunselor, dan bukannya penyelidik di bidang komputer. Jika berada di bidang komputer sekalipun, tetapi tetap juga akan terarah untuk memotivasi orang lain juga. Bidang yang melibatkan pemikiran logik adalah seseorang yang mempunyai level diri Mental. Dirinya akan mencari kesesuaian dan akan berlaku penolakan dalam bidang komputer itu nanti sekiranya berlakunya permasalahan kepada diri. Inilah yang berlaku kepada ramai pelajar yang mendapati kursus yang mereka ikuti tidak bersesuaian dengan diri mereka (maka tujuan saya di sini bukan meminta mereka bertukar bidang, tetapi bagaimana menggunakan kekuatan diri yang dikenalpasti untuk diadaptasi dengan bidang yang diceburi). Terapi yang diperlukan oleh level diri Spiritual adalah dengan mendengar muzik yang sesuai, komunikasi dua hala yang memberi input dan output, dan sensori dengan alam sekeliling. Namun bagi mereka yang mengetahui diri mereka mempunyai sikap negatif putus asa, bimbang berlebihan, takut dan hilang matlamat (sifat negatif level diri Spiritual), maka dia akan cuba mengelakkan sifat-sifat itu daripada berlaku dan memilih sifat positif dalam dirinya iaitu yakin diri, semangat tinggi, dan daya penumpuan yang tinggi.

Adalah penting seseorang itu mengetahui siapa diri mereka bagi mengenal potensi diri mereka. Jika tidak maka akan berlakulah konflik dalam diri yang mengganggu jiwa mencari kesesuaian dengan melakukan “try and error”. Dalam proses mencari diri pastinya akan diganggu dengan pelbagai gangguan yang sentiasa ingin menyesatkan di mana ada masanya jiwa akan keletihan dan melibatkan hilangnya semangat untuk meneruskan cita-cita.

Pendekatan warna ini selain mengenal diri, kita juga dapat mendalami rahsia warna dalam mengenalpasti punca penyakit. Contohnya, level diri Spiritual sering mengalami penyakit yang berkaitan dengan gangguan di bahagian kepala, level diri Emosi berkaitan dengan penyakit jantung, level diri Mental berkaitan dengan buah pinggang dan level diri Fizikal berkaitan dengan sistem tulang dan saraf.


Bagaimana penawar CVT dapat membantu?

Sifat yang negatif adalah hasil daripada sistem tubuh yang mengalami gangguan sehingga diri tidak dapat mengawal hati dan perasaan sehingga melakukan perkara yang di luar kawalan. Apa jua kejahatan yang dilakukan ianya berpunca daripada otak yang tidak mampu lagi mengawal nafsu kejahatan yang dilakukan. Hati tidak mampu mengawal perasaan dan segalanya akan berlaku secara di luar kawalan. Otak yang sihat pastinya akan dibantu oleh bisikan kesedaran yang akan mengingatkan hati agar tidak melakukan kesalahan.

Dengan mengambil penawar, apa yang akan berlaku adalah pengambilan yang dilakukan secara istiqamah dan berterusan akan memberikan getaran yang berupa momentum yang mengarahkan sistem organ tubuh melakukan fungsinya dengan betul. Sebagai contoh, bagi mereka yang mengalami permasalahan tinggi kandungan asidnya di perut akan mengganggu juga cara pemikiran. Akibatnya otak akan mudah keliru dan tidak dapat membuat keputusan memikirkan mana perkara yang baik atau tidak baik. Sesudah melakukan perkara yang tidak baik, kegagalan otak berfungsi dengan sepenuhnya akan memberikan rasa kekesalan atau rasa bersalah yang amat sangat sehingga mendatangkan kesedihan yang mendalam. Kesedihan cukup mengeluarkan asid di dalam darah yang boleh mengganggu kesihatan buah pinggang pula. Asid yang dihasilkan oleh kesedihan adalah lagi banyak berbanding asid yang dihasilkan daripada memakan makanan yang masam. Kesedihan juga akan menjadikan seseorang itu kurang berselera makan dan tidur juga akan terganggu. Memikirkan masalah atau bersedih semasa makan adalah sangat dilarang kerana ianya akan mengganggu sistem tiroid pula. Kesihatan yang terjejas pastinya akan mengganggu pula sistem tubuh yang lain dan akibatnya otak asyik memikirkan perbagai persoalan yang tiada jawapannya dan mula memikirkan perkara kecil yang oleh menyesakkan fikiran yang tidak difikirkan oleh orang yang sihat yang akan menganggap perkara itu sebagai remeh temeh.

Tahap pemikiran yang terganggu boleh mengganggu seseorang hingga di tahap kronik hingga sanggup mencederakan diri sendiri ataupun orang lain.


Cadangan memperkenalkan konsep Mengenal Diri di Unit Kaunseling

Memang benar setiap universiti disediakan unit kaunseling bagi membantu pelajar mengatasi masalah. Tetapi sejauh mana pihak kaunseling dapat membantu pelajar menyelami pemasalahan sebenar pelajar bergantung juga kepada kesediaan pelajar untuk tampil ke hadapan dan menyuarakan masalah mereka. Memang agak sukar menyelesaikan masalah secara menyeluruh. Ini kerana ada sesetengah pelajar yang berpendapat pendekatan yang digunakan mungkin kurang sesuai dengan mereka. Ada pelajar yang bertambah masalah mereka setelah mereka berkongsi masalah dengan orang lain.

Gangguan moden di zaman ini didapati merupakan cara pemikiran negatif seperti memikirkan perkara yang remeh-temeh secara berulang-ulang kali, bersedih, memikirkan masalah yang sama yang tiada jawapan ataupun kesudahannya, memikir atau melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali tanpa mencapai rasa kepuasan yang sebenar

Saya mendalami ilmu CVT yang banyak membantu mengenal pasti masalah. Konsep tenang, sabar, ikhlas dan redha banyak menemukan saya dengan jawapan bagi pelbagai permasalahan. Mudah orang yang sihat berkata jangan memikirkan masalah kepada mereka yang mengalami gangguan (mereka yang tidak sihat sama ada sedar atau pun tidak).

Memang benar setiap orang mempunyai masalah. Tetapi level diri seseorang yang membezakan bagaimana seseorang itu dapat belajar mengatasi masalah. Satu masalah yang sama berbeza cara penerimaan kerana diri individu dan cara pemikiran berbeza.

Contohnya, satu permasalahan timbul dalam satu keluarga yang mempunyai 3 orang anak dengan karektor yang berbeza. Anak terdiri daripada level diri Spiritual, Emosi dan Fizikal. Walaupun masalah yang sama iaitu berpunca daripada ibu bapa mereka, namun cara penerimaan bagi anak-anak ini akan berbeza.

Bagi anak berlevel diri Spiritual seorang yang tenang menerima apa jua permasalahan hidup, berbanding anak berlevel diri Emosional yang mudah terasa hati dan bersikap pemarah. Anak berlevel diri Fizikal pula boleh menjadi sangat bertanggungjawab atau mementingkan diri sendiri dengan memberontak misalnya.

Namun begitu, bagi anak level diri Spiritual tadi jika dia memendamkan dirinya dan mengasingkan diri, lama kelamaan dia adalah paling mudah menerima tekanan dan di tahap kronik hingga boleh menghadapi gangguan halusinasi. Anak berlevel diri Fizikal selagi dia melakukan aktiviti dan melakukan pergerakan dia akan mudah melupakan segala permasalahan. Bagi anak berlevel diri Emosional, kerana personaliti positifnya ceria, terbuka dan penuh kasih sayang, mungkin dia juga melupakan masalahnya dengan mendampingi rakan-rakan (sifat silaturrahim adalah sifat semula jadi level diri Emosional). Level diri Mental dan Fizikal pula dapat menerima masalah dengan cara pemikiran logik. Mereka menggunakan keputusan yang praktikal dan mempunyai pandangan yang jelas terhadap sesuatu masalah dan situasi.

Ilmu mengenal diri melalui warna ini saya pelajari daripada di Colour Vibration Therapy (CVT) yang merupakan Faculty Universal Science of Colour, The Open International University For Complimentary Medicine.

Ilmu ini mengajak kita mengenal siapa diri melalui mengenal warna diri. Warna diri manusia yang tertentu dan berbeza bagi setiap individu yang menjadikan cara pemikiran, sikap, cara gaya, dan tingkahlaku berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Cara pemikiran yang berbeza ini juga mempengaruhi kekuatan diri dan seterusnya kesesuaian kerjaya berdasarkan kecenderungan minat masing-masing.

Ilmu warna diri ini terbukti dapat menyelesaikan masalah kerana ianya memberikan bukan setakat akar punca kenapa masalah berlaku, tetapi juga penawar yang dapat mencegah masalah daripada berulang lagi. Pendekatan yang digunakan mengajak manusia menjadi tenang, sabar, ikhlas dan redha dalam menerima apa jua permasalahan dalam hidup.

Dengan mengetahi manusia ini terdiri daripada warna diri yang berbeza, kita akan lebih memahami manusia yang lain dengan lebih menghargai kelebihan yang ada pada orang lain dan menerima segala kekurangan, malah akan mendoakan kesejahteraan orang lain. Lebih lagi apabila kita memahami yang kita tidak boleh memperkecilkan hati orang lain. Hanya dengan memahami ilmu, suatu teguran dapat disampaikan dengan jelas dan tidak menyinggung sesiapa.

Sumbangan Warna Diri Di Dalam Pembangunan Pelajar

Sumbangan Warna Diri Di Dalam Pembangunan Pelajar

Kitaran Penyelesaian Permasalahan Dan Kecemerlangan

Kitaran Penyelesaian Permasalahan Dan Kecemerlangan